Wednesday, 24 July 2013

Terapi Air

Lees, T (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk melakukan aktiviti kecergasan. Oleh itu hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid bekeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat diransang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.

Sehungan itu, PPKI SK Taman Tun Aminah 1 telah mengadakan program terapi air dengan kerjasama Star Hill Golf & Country Resort. Program terapi air yang dijalankan ini melibatkan kesemua murid-murid Pendidikan Khas. Ayuh sama-sama kita layan gambar sepanjang program tersebut dijalankan. 



















No comments:

Post a Comment