Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus perubatan Mosley (2001), terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sabarang penyakit atau kecedaraan yang bertujuan menyebabkan kefungsian badan baik secara normal. Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan salah satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang merangkumi aspek kognitif, emosi, sosial bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid mengusai kemahiran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.
Justeru itu, PPKI SKTTA (1) telah mengadakan aktiviti terapi di Hutan Bandar Mutiara Rini Johor Bahru. Aktiviti tersebut dimulakan dengan acara senamrobik dan kemudian murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti terapi permainan.
No comments:
Post a Comment