Wednesday, 24 July 2013

Terapi Air

Lees, T (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk melakukan aktiviti kecergasan. Oleh itu hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid bekeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat diransang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.

Sehungan itu, PPKI SK Taman Tun Aminah 1 telah mengadakan program terapi air dengan kerjasama Star Hill Golf & Country Resort. Program terapi air yang dijalankan ini melibatkan kesemua murid-murid Pendidikan Khas. Ayuh sama-sama kita layan gambar sepanjang program tersebut dijalankan. 



















Tuesday, 12 March 2013

Terapi Permainan di Hutan Bandar Mutiara Rini.


Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus perubatan Mosley (2001), terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah  menghidapi sabarang penyakit atau kecedaraan yang bertujuan menyebabkan kefungsian badan baik secara normal. Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan salah satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang merangkumi aspek kognitif, emosi, sosial bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid mengusai kemahiran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, PPKI SKTTA (1) telah mengadakan aktiviti terapi di Hutan Bandar Mutiara Rini Johor Bahru. Aktiviti tersebut dimulakan dengan acara senamrobik dan kemudian murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti terapi permainan.




Murid-murid mendengar taklimat dari guru.

Fuhh cayalah cikgu ween.. jom lari semua!


Lari semua lari..!

Ayuh semua kita bererobik.

cikgu-cikgu dibelakang bersemangat semuanya..

Masa untuk rehat

Sabar ye. Semua akan dapat makanan.

Makan dengan tertib murid-murid..

Jom kita cuba imbangkan badan.

Hafizi kena berani.."kata cikgu ween"

Wah! hebatnye Nazhan..

Nazhan menunjukkan keberaniannya..

Pegang kuat-kuat Hafsyam


Jom Hafizi kita cuba sama-sama

Ayuh kita buat senaman kekuatan tangan

Cuba ye Zaris..



Wah, Anif sempat berposing. 

Murid-murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.. Aktiviti berakhir sekitar jam 10.30 pagi.. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Wednesday, 27 February 2013

Bakat terpendam..persembahan loceng insan istimewa..

Murid-murid PPKI SKTTA (1) telah membuat sebuah persembahan pada mesyuarat PIBG SKTTA (1). Mari sama-sama kita saksikan sebuah persembahan istimewa dari murid-murid ini..


Syabas dan tahniah kepada murid-murid dan semua guru pendidikan khas yang terlibat.. Semoga usaha guru untuk menonjolkan bakat murid-murid istimewa ini tidak terhenti di sini..

Tuesday, 26 February 2013

Manis Dalam Kenangan...

Kali ini, PPKI SKTTA (1) telah mengadakan satu lawatan ilmiah selama 4 hari 3 malam ke Kuala Lumpur dan Selangor . Lawatan sambil belajar ini disertai oleh murid-murid, guru-guru Pendidikan Khas SKTTA (1), serta ibu bapa. Apa yang menarik pada lawatan kali ini ialah murid-murid diberi peluang merasai pengalaman sendiri menaiki pelbagai jenis kenderaan iaitu bas, kapal terbang dan juga kereta api. Jom kita layannn gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut...

Masing-masing ceria menunggu untuk menaiki kapal terbang.

                                                 'Saya dah naik kapal terbang'..kata Haikal

                                                                Bila nak gerak ni..?

                                                            Nak tunggu sape lagi ni.

                          Wow! besarnye buaya..Amboi, amboi, amboi.bukan buaya la..tapir tu..


                                            Secebis kenangan di Zoo Negara Kuala Lumpur

                        Fuyooo...bergaya pengacara Buletin Utama, terpegun penonton tengok..

Ayuh kawan2, bersiap sedia untuk memadamkan kebakaran!

Rumah terbakar panggil  bomba..Bomba alaf baru..

                                                              

                                             Gambar kenangan di Kids Zania Kuala Lumpur

Posto..posto..Bersedia untuk menghantar surat!

                                                              Wah, hebatnya Adham..

Wajah-wajah ceria guru pengiring.

Time for Snow Walk di ICT.

                     Perjalanan pulang ke Johor Bahru dengan menaiki keretaapi..  Walaupun keletihan, semua    gembira dengan lawatan kali ini. 2013 ?....tungguuu...

Monday, 25 February 2013

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru 2012

Sepanjang tahun 2012, murid-murid PKBP SKTTA (1)telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Salah satu aktiviti ialah Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah Johor Bahru. Kejohanan pada kali ini telah dijalankan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos. SK Taman Tun Aminah telah menghantar 7 orang peserta acara 100m lelaki junior, 100m perempuan junior, 50m terbuka Sindrom Down lelaki dan perempuan serta lontar peluru lelaki junior.Walaupun tidak dapat mengutip sebarang pingat, salah seorang peserta kategori Sindrom Down iaitu Muhammad Haikal telah berjaya melangkah ke peringkat akhir  acara 50 meter Sindrom Down. Syabas dan tahniah kepada semua guru pendidikan khas yang terlibat..Jomm kita layan gambar-gambar sepanjang kejohanan tersebut..



            Salah serang peserta Ahmad Adham sedang melakukan lontaran bagi acara lontar peluru

                                Menunggu dengan penuh debaran acara akhir 50m Sindrom Down

                                                     Peserta  yang mengambil bahagian...


                 Peserta cilik, Goh Jing Wen Kategori 50m Sindrom Down..Walaupun tidak berjaya,        
                                                                 bakatnya masih boleh di asah.

                                     Masih sempat berposing walaupun acara hendak bermula.