Tuesday, 12 March 2013

Terapi Permainan di Hutan Bandar Mutiara Rini.


Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus perubatan Mosley (2001), terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah  menghidapi sabarang penyakit atau kecedaraan yang bertujuan menyebabkan kefungsian badan baik secara normal. Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan salah satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang merangkumi aspek kognitif, emosi, sosial bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid mengusai kemahiran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, PPKI SKTTA (1) telah mengadakan aktiviti terapi di Hutan Bandar Mutiara Rini Johor Bahru. Aktiviti tersebut dimulakan dengan acara senamrobik dan kemudian murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti terapi permainan.




Murid-murid mendengar taklimat dari guru.

Fuhh cayalah cikgu ween.. jom lari semua!


Lari semua lari..!

Ayuh semua kita bererobik.

cikgu-cikgu dibelakang bersemangat semuanya..

Masa untuk rehat

Sabar ye. Semua akan dapat makanan.

Makan dengan tertib murid-murid..

Jom kita cuba imbangkan badan.

Hafizi kena berani.."kata cikgu ween"

Wah! hebatnye Nazhan..

Nazhan menunjukkan keberaniannya..

Pegang kuat-kuat Hafsyam


Jom Hafizi kita cuba sama-sama

Ayuh kita buat senaman kekuatan tangan

Cuba ye Zaris..



Wah, Anif sempat berposing. 

Murid-murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.. Aktiviti berakhir sekitar jam 10.30 pagi.. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.